Email
Phone
Facebook

KELAB, PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM

 Semua pelajar diwajibkan masuk salah satu kelab/persatuan/ badan beruniform

Badan Beruniform

Badan Beruniform ADTEC Shah Alam dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Pengakap, Wataniah dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia luar serta salah satu kelengkapan diri apabila ia diperlukan.

Kelab / Persatuan 

Selain Badan Beruniform, ADTEC Shah Alam juga mempunyai kelab atau persatuan yang bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang sihat serta untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar dan kakitangan ADTEC Shah Alam. Kelab telah dibahagiakan kepada 4 bahagian iaitu Kelab Multimedia,Kelab Sidang Redaksi, Kelab Seni Kebudayaan dan Kelab Landskap dan Rekreasi. Manakala Persatuan pula dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Persatuan Silat Gayong dan Persatuan Taekwando.