Sila pilih menu Borang Permohonan untuk membuat permohonan kursus jangka pendek.
Skrin borang akan dipaparkan. Hanya kursus yang masih aktif permohonannya sahaja akan dipaparkan di skrin.
Klik pada kod kursus yang ingin di mohon. Masukkan no. kad pengenalan untuk semakan permohonan terdahulu.
Masukkan maklumat yang diperlukan dan sistem akan semak perkara-perkara tersebut.
Sekiranya terdapat kesalahan atau maklumat tidak diisi, mesej kesalahan akan dipaparkan. Betulkan kesalahan mengikut kesalahan yang dipaparkan.
Setelah kesemua maklumat disemak dan telah didapati lengkap, klik butang DAFTAR untuk hantar maklumat.
Slip jawapan penerimaan permohonan akan dipaparkan kepada pemohon selepas borang dihantar melalui aplikasi eKJP.
Sekiranya pemohon ingin menyemak sama ada permohonan telah diterima atau sebaliknya, sila pilih menu Semakan Permohonan. Menu semakan ini juga adalah untuk pemohon menyemak tarikh dan masa latihan sebelum sesuatu kursus berlangsung.
Sekiranya permohonan telah diterima, sila cetak Surat Setuju Terima untuk diserahkan kepada Penyelia Kursus semasa kursus berlangsung.
Sekiranya terdapat kesalahan atau maklumat tidak diisi, mesej kesalahan akan dipaparkan. Betulkan kesalahan mengikut kesalahan yang dipaparkan.