LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ATLAS COPCO (MALAYSIA) SDN BHD

ISNIN || 18 November 2024 || Bahagian Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (PPU) ADTEC Shah Alam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd. Lawatan ini disertai oleh 2 orang pengajar dan 30 orang pelajar semester akhir bidang PPU bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini dalam bidang HVAC serta situasi sebenar alam pekerjaan sekaligus mengintai peluang kerjasama di antara ADTEC Shah Alam dan industri. Terima kasih diucapkan kepada pihak Atlas Copco yang sudi menerima lawatan ini . Diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui sesi lawatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar dan menjadi titik tolak dalam kerjasama memperkasakan industri TVET negara.
J
Jom Masuk ADTECSA!
 
 

KLIK DISINI UNTUK MELIHAT ALBUM