i) Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun. ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut : iii) Lulus temuduga yang dijalankan iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. 1 tahun 6 bulan (3 semester) Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 2,3,4) Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai penolong jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam. Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (DKM Tahap 4)
- Webmaster
- Category: DKM TAHAP 3 & 4
- Hits: 285
PENGENALAN KURSUS
Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi duti‐duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini. Tempoh pembelajaran adalah selama 1 tahun 6 bulan. Dalam tempoh masa ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Rekabentuk dan Analisis Kejuruteraan, Pembuatan Berbantu Komputer,Kawalan Kuaiti dan Pengurusan Pembuatan.Pelajar akan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi menbangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani latihan industri dhujung semester latihan. Pelajar juga dikehendaki terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan disamping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.
KELAYAKAN MASUK:
KAEDAH LATIHAN
TEMPOH LATIHAN
PERSIJILAN
PELUANG KERJAYA:
PINJAMAN LATIHAN