Kursus ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi elektrik dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik. Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. 2 tahun Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) Pembantu Jurutera Elektrik, Penyelia Jentera Elektrik Voltan Tinggi dan Rendah ,Penyelia Penyelenggaraan Elektrik dan Bangunan atau Usahawan Bidang Elektrikal. Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
Diploma Teknologi Elektrik Kuasa (DKM Tahap 4)
- Webmaster
- Category: DKM TAHAP 3 & 4
- Hits: 804
PENGENALAN KURSUS
KELAYAKAN MASUK:
KAEDAH LATIHAN
TEMPOH LATIHAN
PERSIJILAN
PELUANG KERJAYA:
PINJAMAN LATIHAN