Kursus ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik/industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, pengurusan kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan. i) Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun. ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut : iii) Lulus temuduga yang dijalankan iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Latihan yang dikendalikan adalah berteraskan kemahiran yang merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. 1 tahun 6 bulan Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi, Juruteknik Kanan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Usahawan Bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara (DKM Tahap 4)
- Webmaster
- Category: DKM TAHAP 3 & 4
- Hits: 365
PENGENALAN KURSUS
KELAYAKAN MASUK:
KAEDAH LATIHAN
TEMPOH LATIHAN
PERSIJILAN
PELUANG KERJAYA:
PINJAMAN LATIHAN