i) Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun. ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut : iii) Lulus temuduga yang dijalankan iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. 1 tahun 6 bulan Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja - kerja struktur pembinaan logam. Selain itu, kerjaya sebagai Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja‐kerja struktur pembinaan logam di sektor industri juga boleh diceburi. Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
Diploma Teknologi Kimpalan (DKM Tahap 4)
- Webmaster
- Category: DKM TAHAP 3 & 4
- Hits: 485
PENGENALAN KURSUS
Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.
KELAYAKAN MASUK:
KAEDAH LATIHAN
TEMPOH LATIHAN
PERSIJILAN
PELUANG KERJAYA:
PINJAMAN LATIHAN