Portal Rasmi Adtec Shah Alam Portal Rasmi Adtec Shah Alam
  • LAMAN UTAMA
  • PROFIL KORPORAT
    • PERUTUSAN PENGARAH
    • LATAR BELAKANG
    • VISI & MISI
    • CARTA ORGANISASI
    • CARTA PENGURUSAN TERTINGGI
  • PROGRAM
    • KURSUS SEPENUH MASA
    • KURSUS JANGKA PENDEK
  • INFORMASI
    • PENGGUNA
      • SOALAN LAZIM (FAQ)
      • PIAGAM PELANGGAN
      • BERITA SEMASA
      • MUAT TURUN
      • KEMUDAHAN
    • HUBUNGI KAMI
      • LOKASI
    • DIREKTORI PEGAWAI
      • PEJABAT PENGARAH
      • BAHAGIAN PENGURUSAN OPERASI
      • BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
      • BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Diploma Teknologi Kimpalan (DKM Tahap 4)

Details
Written by: Webmaster
Category: DKM TAHAP 3 & 4
Read Time: 1 min
Published: 05 September 2024
Hits: 3662

PENGENALAN KURSUS

Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

KELAYAKAN MASUK:

i)  Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut :

  • H-024-3: Juruteknik Arka Logam & Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat) atau
  • H-025-3: Juruteknik Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium) atau
  • MC-024-3:2012: Proses kimpalan Arka Kepingan Logam atau
  • MC-025-3:2012: Proses Kimpalan Gas Logam atau
  • MC-026-3:2012: Proses Kimpalan Arka & Gas Tungsten atau
  • MC-027-3:2012: Proses Kimpalan Arka Berteras Logam

iii) Lulus temuduga yang dijalankan

iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

TEMPOH LATIHAN

1 tahun 6 bulan

PERSIJILAN

Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

PELUANG KERJAYA:

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja - kerja struktur pembinaan logam. Selain itu, kerjaya sebagai Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja‐kerja struktur pembinaan logam di sektor industri juga boleh diceburi.

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

 

Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara (DKM Tahap 4)

Details
Written by: Webmaster
Category: DKM TAHAP 3 & 4
Read Time: 2 mins
Published: 05 September 2024
Hits: 2736

PENGENALAN KURSUS

Kursus ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik/industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, pengurusan kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

KELAYAKAN MASUK:

i)  Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut :

  • C-040-3: Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Komersil atau
  • C-010-3: Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik
  • ME-020-3: 2012: Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC Installation and Maintenance Supervision; atau 
  • ME-021-3: 2012: Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC 

iii) Lulus temuduga yang dijalankan

iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

KAEDAH LATIHAN

Latihan yang dikendalikan adalah berteraskan kemahiran yang merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

TEMPOH LATIHAN

1 tahun 6 bulan

PERSIJILAN

Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

PELUANG KERJAYA:

Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi, Juruteknik Kanan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Usahawan Bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

 

Diploma Teknologi Jaminan Kualiti (DKM Tahap 3&4)

Details
Written by: Webmaster
Category: DKM TAHAP 3 & 4
Read Time: 2 mins
Published: 05 September 2024
Hits: 1668

PENGENALAN KURSUS

Kursus ini memberikan penekanan berkaitan asas kerja kejuruteraan, aktiviti pemeriksaan kualiti dan jaminan kualiti input/output pembuatan supaya menepati spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan, mempelajari kaedah pemeriksaan berketepatan tinggi, kaedah mengenalpasti kecacatan produk, kemahiran merancang dan mengambil tindakan susulan kepada masalah kualiti, kemahiran menulis laporan pemeriksaan dan bertindak terhadap maklumbalas serta aduan berkaitan dengan kualiti pembuatan serta pendedahan terhadap konsep dan teknik kualiti. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari subjek berkaitan Metrologi dan Kalibrasi, Pengujian Bahan, Asas Fabrikasi, Lukisan Kejuruteraan dan Cetakan Biru, Asas Proses Pembuatan, Prosedur dan Pengurusan Kualiti, Kajian Bahan, Sistem Kawalan Industri di samping subjek Penyeliaan dan Pengurusan.

KELAYAKAN MASUK:

i)  Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut :

  • H-051-3/MC-081-3:Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Mekanikal atau
  • H-312-3/H-302-3: Juruteknik Kanan Rekabentuk Produk Industri atau
  • MC-040-3: 2013 : Industrial Product Development

iii) Lulus temuduga yang dijalankan

iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

TEMPOH LATIHAN

1 tahun 6 bulan

PERSIJILAN

Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

PELUANG KERJAYA:

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan perkhidmatan terutamanya sebagai Penolong Jurutera Jaminan Kualiti.

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

 

Diploma Teknologi Elektrik Kuasa (DKM Tahap 4)

Details
Written by: Webmaster
Category: DKM TAHAP 3 & 4
Read Time: 2 mins
Published: 05 September 2024
Hits: 4998

PENGENALAN KURSUS

Kursus ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi elektrik dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik.

KELAYAKAN MASUK:

  1. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  2. Sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan Lima (5);
  3. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut:
  1. C-051-3/C-050-3 : Juruteknik Elektrik Kanan; atau
  2. EE-320-3:2012: Three Phase Electric Installation; 
  1. Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai (PW1/PW2/PW3/PW4/PW5/PW6) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST);
  2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan;
  3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

TEMPOH LATIHAN

2 tahun

PERSIJILAN

Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

PELUANG KERJAYA:

Pembantu Jurutera Elektrik, Penyelia Jentera Elektrik Voltan Tinggi dan Rendah ,Penyelia Penyelenggaraan Elektrik dan Bangunan atau Usahawan Bidang Elektrikal.

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

 

Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (DKM Tahap 4)

Details
Written by: Webmaster
Category: DKM TAHAP 3 & 4
Read Time: 1 min
Published: 05 September 2024
Hits: 1683

PENGENALAN KURSUS

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi duti‐duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini. Tempoh pembelajaran adalah selama 1 tahun 6 bulan.  Dalam tempoh masa ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Rekabentuk dan Analisis Kejuruteraan, Pembuatan Berbantu Komputer,Kawalan Kuaiti dan Pengurusan Pembuatan.Pelajar akan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi menbangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani latihan industri dhujung semester latihan. Pelajar juga dikehendaki terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan disamping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

KELAYAKAN MASUK:

i)   Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut :

  • H-013-3 / MC-032-3: Juruteknik CNC
  • H-014-3: Pemesin Kanan Am (Operasi Larik) atau
  • H-015-3: Pemesin Kanan Am (Kisar) atau
  • H-016-3: Pemesin (Operasi Canai) atau
  • MC-050-3: Pemesin Kanan atau
  • MC-050-3:2012/MC-050-3:2015: Operasi pemesinan

iii) Lulus temuduga yang dijalankan

iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

TEMPOH LATIHAN

1 tahun 6 bulan (3 semester)

PERSIJILAN

Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 2,3,4)

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai penolong jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam.

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

 

HAKCIPTA TERPELIHARA ADTECSA ©2024
Penafian: Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Firefox, IE11 dan Google Chrome dengan resolusi paparan minima 1024 X 768 pixel  
 
DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   NOTIS HAKCIPTA

HUBUNGI KAMI
Alamat:
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam,
No.5934-1, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32
40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
 
 Email: info.adtecsa@jtm.gov.my
Tel: 03-5167 5888 | Faks: 03-5167 5887
© Portal Rasmi Adtec Shah Alam, Hakcipta Terpelihara 2025 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
  • LAMAN UTAMA
  • PROFIL KORPORAT
    • PERUTUSAN PENGARAH
    • LATAR BELAKANG
    • VISI & MISI
    • CARTA ORGANISASI
    • CARTA PENGURUSAN TERTINGGI
  • PROGRAM
    • KURSUS SEPENUH MASA
    • KURSUS JANGKA PENDEK
  • INFORMASI
    • DIREKTORI PEGAWAI
      • PEJABAT PENGARAH
      • BAHAGIAN PENGURUSAN OPERASI
      • BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
      • BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
    • HUBUNGI KAMI
      • LOKASI
    • PENGGUNA
      • SOALAN LAZIM (FAQ)
      • PIAGAM PELANGGAN
      • BERITA SEMASA
      • MUAT TURUN
      • KEMUDAHAN